Akademi Tahfiz Al Islah

Akademi Tahfiz Al Islah

Pengenalan Akademi Tahfeez Al-Islah

Ini sangat penting kerana golongan Gen Z ini merupakan pelapis khalifah umat islam di Malaysia khususnya serta pelapis harapan bangsa dan negara.

Berbekalkan pengalaman lebih 10 tahun dalam dunia pengajaran Al-Quran, kumpulan pelaksana Al Islah Solusi Network bersama-sama mengembeleng idea dan usaha bagi melaksanakan program Myquran ini dikenali ramai.
Ini sangat penting kerana golongan Gen Z ini merupakan pelapis khalifah umat islam di Malaysia khususnya serta pelapis harapan bangsa dan negara.

Berbekalkan pengalaman lebih 10 tahun dalam dunia pengajaran Al-Quran, kumpulan pelaksana Al Islah Solusi Network bersama-sama mengembeleng idea dan usaha bagi melaksanakan program Myquran ini dikenali ramai.

Biodata Ringkas

Ustaz Saiful

Pengasas MyQuran

-Mendapat tauliah dari Darul Quran Jakim dalam Diploma Tahfiz Al-Quran dan Dakwah serta menamatkan Ijazah di UKM dalam Pengajian Islam (Pengajian Arab dan Tamdun Islam)

-Pengasas Persada Al-Islah Persada Network sejak dari 2013

-Sering mendapat Jemputan sebagai Imam dan penceramah di seluruh Malaysia dan di luarnegara seperti Indonesia, Brunei, Singapura dan Australia

 

-Mempunyai pengalaman menganjurkan lebih dari 50 program-program keagamaan dan pendidikan

-Pengasas Baitul Islah Wal Aytaam (Pusat Tahfiz Kebajikan) di Cheras

-Pengasas Akademi Tahfeez Al-Islah

-Pengasas Tahfeez Camp

Program Tahfeez Tajaan Penuh

Tahfeez tajaan penuh ini merupakan satu konsep pembangunan MODAL INSAN khusus kepada golongan anak yatim/ anak-anak yang berada di Rumah Kebajikan melalui penerapan nilai KEROHANIAN, FARDHU AIN dan CINTAKAN AL-QURAN dalam kehidupan seharian di bawah kelolaan Akademi Tahfeez Al-Islah

Objektif

1. Meningkatkan kefahaman dan penghayatan mereka terhadap kehidupan sebagai seorang MUSLIM yang lebih sempurna

2. Membentuk ‘mind-set’ sebagai seorang MUSLIM yang mempunyai VISI dan MISI HIDUP yang lebih jelas dan tepat iaitu HIDUP UNTUK MEMBERI

3. Meningkatkan minat mereka untuk cintakan Al-Quran dan berusaha untuk menjadi seorang HAFIZ (Penghafal Al-Quran) yang terpimpin

4. Membina perilaku/ sahsiah yang soleh dan solehah berlandaskan kehendak Islam yang sempurna

Golongan Sasaraan Akademi Tahfeez Al-Islah

  • Anak0anak asnaf zakat
  • Anak Yatim
  • Keluarga Fakir Miskin
  • Keluarga B40

Galeri Akademi Tahfiz Al-islah

Al Islah Movement (ALIM) adalah satu kumpulan Penggerak hasil gabungan daripada konsultan dan NGO Sayang Al-Quran. Kami bergerak aktif dalam aktiviti kemanusiaan, kebajikan dan kemasyarakatan. Dalam masa yang sama, pihak ALIM bertidak sebagai Pembimbing dalam dalam menjayakan misi dan visi pembangunan Tahfiz Kebajikan serta Infaq Quran Qaseh Buat Borneo . Pertubuhan Sayang Al-Quran dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan serta agensi swasta akan menjayakan satu Konvensyen Islamik Digital (KID21) bersempena “Di Ambang Cinta Ramadhan” pada tahun 2021. Semoga dengan usaha murni ini, kami akan terus istiqamah dalam memperjuangkan martabat dunia tahfiz di negara kita Malaysia

Anda berminat belajar Makhraj Huruf?

beritahu kami jika anda mempunyai sebarang pertanyaan