Konvensyen Islamik Digital

Konvensyen Islamik Digital

Pengenalan Konvensyen Islamik Digital

Konvensyen Islamik Digital merupakan sebuah program berkaitan penghayatan bulan Ramadhan yang mengumpulkan para ilmuan yang mana penyampaiannya adalah secara online.

Matlamat Konvensyen Islamik Digital

Persada Al-Islah Solusi Network menubuhkan satu program bagi mengisi permintaan yang ada untuk memenuhi Fardhu Kifayah.

Fokus Kami Adalah

membentuk insan masa kini khususnya golongan kanak-kanak dan remaja terdidik dengan ilmu agama,motivasi diri dan keusahawanan.

Ini sangat penting kerana golongan Gen Z ini merupakan pelapis khalifah umat Islam di Malaysia khususnya serta pelapis harapan bangsa dan negara. Berbekalkan pengalaman lebih 10 tahun dalam dunia pengajaran Al-Quran, kumpulan pelaksana Al-Islah Solusi Network bersama-sama mengembleng idea dan usaha bagi melaksanakan program Myquran

Galeri Program k.I.D

Al Islah Movement (ALIM) adalah satu kumpulan Penggerak hasil gabungan daripada konsultan dan NGO Sayang Al-Quran. Kami bergerak aktif dalam aktiviti kemanusiaan, kebajikan dan kemasyarakatan. Dalam masa yang sama, pihak ALIM bertidak sebagai Pembimbing dalam dalam menjayakan misi dan visi pembangunan Tahfiz Kebajikan serta Infaq Quran Qaseh Buat Borneo . Pertubuhan Sayang Al-Quran dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan serta agensi swasta akan menjayakan satu Konvensyen Islamik Digital (KID21) bersempena “Di Ambang Cinta Ramadhan” pada tahun 2021. Semoga dengan usaha murni ini, kami akan terus istiqamah dalam memperjuangkan martabat dunia tahfiz di negara kita Malaysia

Anda berminat belajar Makhraj Huruf?

beritahu kami jika anda mempunyai sebarang pertanyaan