MyQuran Tutor

MyQuran Tutor

Membentuk Tutor Quran Profesional

Satu program khas yang dibentuk bagi mengkadarkan ramai tenaga pengajar Al-Quran dengan menerapkan ILMU dan KEMAHIRAN dalam penyampaian seterusya membentuk tenaga pengajar yang profesional

Mengenai MyQuran

MyQuran merupakan sebuah program pembelajaran Al-Quran dari rumah ke rumah/pejabat(seperti konsep home tuition) di bawah kendalian syarikat  Persada Al-Islah Solusi Network (002476453-A), iaitu sebuah syarikat 100% Bumiputera Muslim yang telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kerjasama Akademi Tahfeez Al-Islah yang tertubuh di Cheras awal 2016.

Konsep yang ingin diketengahkan di dalam program MyQuran ini ialah ‘Baiti Qurani’ iaitu ‘Rumahku Berteraskan Al-Quran’.

 

Biodata Ringkas

Ustaz Saiful

Pengasas MyQuran

-Mendapat tauliah dari Darul Quran Jakim dalam Diploma Tahfiz Al-Quran dan Dakwah serta menamatkan Ijazah di UKM dalam Pengajian Islam (Pengajian Arab dan Tamdun Islam)

-Pengasas Persada Al-Islah Persada Network sejak dari 2013

-Sering mendapat Jemputan sebagai Imam dan penceramah di seluruh Malaysia dan di luarnegara seperti Indonesia, Brunei, Singapura dan Australia

 

-Mempunyai pengalaman menganjurkan lebih dari 50 program-program keagamaan dan pendidikan

-Pengasas Baitul Islah Wal Aytaam (Pusat Tahfiz Kebajikan) di Cheras

-Pengasas Akademi Tahfeez Al-Islah

-Pengasas Tahfeez Camp

Antara program yang telah dijalankan ialah Program Training of Trainer (TOT) My Quran Tutor dan Team Building Islah Movement bertempat di PD Santuary Outdoor Training Camp, Port Dickson Negeri Sembilan.

Program 2 hari 1 malam ini menjadikan Buku Makhraj Huruf sebagai buku rujukan program. Selain itu, program ini banyak membina jati diri, serta memupukkan semangat dan motivasi dari segi mental, fizikal dan spiritual.

Galeri Program k.I.D

Al Islah Movement (ALIM) adalah satu kumpulan Penggerak hasil gabungan daripada konsultan dan NGO Sayang Al-Quran. Kami bergerak aktif dalam aktiviti kemanusiaan, kebajikan dan kemasyarakatan. Dalam masa yang sama, pihak ALIM bertidak sebagai Pembimbing dalam dalam menjayakan misi dan visi pembangunan Tahfiz Kebajikan serta Infaq Quran Qaseh Buat Borneo . Pertubuhan Sayang Al-Quran dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan serta agensi swasta akan menjayakan satu Konvensyen Islamik Digital (KID21) bersempena “Di Ambang Cinta Ramadhan” pada tahun 2021. Semoga dengan usaha murni ini, kami akan terus istiqamah dalam memperjuangkan martabat dunia tahfiz di negara kita Malaysia

Anda berminat belajar Makhraj Huruf?

beritahu kami jika anda mempunyai sebarang pertanyaan