Pertubuhan Sayang Al-Quran

Pertubhan Sayang Al-Quran

Pengenalan Pertubuhan Sayang Al-Quran

Sebuah program pembelajaran Al-Quran daripada rumah ke rumah/pejabat di bawah kendalian syarikat Persada Al-Islah Solusi Network (002476453-A), iaitu sebuah syarikat 100% Bumiputera Muslim yang telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kerjasama Akademi Tahfiz AlIslah yang tertubuh di Cheras awal 2016

Mengenai MyQuran

MyQuran merupakan sebuah program pembelajaran Al-Quran dari rumah ke rumah/pejabat(seperti konsep home tuition) di bawah kendalian syarikat  Persada Al-Islah Solusi Network (002476453-A), iaitu sebuah syarikat 100% Bumiputera Muslim yang telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) kerjasama Akademi Tahfeez Al-Islah yang tertubuh di Cheras awal 2016.

Konsep yang ingin diketengahkan di dalam program MyQuran ini ialah ‘Baiti Qurani’ iaitu ‘Rumahku Berteraskan Al-Quran’.

 

Konsep yang ingin diusulkan di dalam program MyQuran ini merupakan....

Baiti Qurani

iaitu “Rumahku bertemakan Al-Quran”

Objektif

1. Meningkatkan kefahaman dan penghayatan mereka terhadap kehidupan sebagai seorang MUSLIM yang lebih sempurna

2. Membentuk ‘mind-set’ sebagai seorang MUSLIM yang mempunyai VISI dan MISI HIDUP yang lebih jelas dan tepat iaitu HIDUP UNTUK MEMBERI

3. Meningkatkan minat mereka untuk cintakan Al-Quran dan berusaha untuk menjadi seorang HAFIZ (Penghafal Al-Quran) yang terpimpin

4. Membina perilaku/ sahsiah yang soleh dan solehah berlandaskan kehendak Islam yang sempurna

Galeri Program ISLAH

Al Islah Movement (ALIM) adalah satu kumpulan Penggerak hasil gabungan daripada konsultan dan NGO Sayang Al-Quran. Kami bergerak aktif dalam aktiviti kemanusiaan, kebajikan dan kemasyarakatan. Dalam masa yang sama, pihak ALIM bertidak sebagai Pembimbing dalam dalam menjayakan misi dan visi pembangunan Tahfiz Kebajikan serta Infaq Quran Qaseh Buat Borneo . Pertubuhan Sayang Al-Quran dengan kerjasama beberapa agensi kerajaan serta agensi swasta akan menjayakan satu Konvensyen Islamik Digital (KID21) bersempena “Di Ambang Cinta Ramadhan” pada tahun 2021. Semoga dengan usaha murni ini, kami akan terus istiqamah dalam memperjuangkan martabat dunia tahfiz di negara kita Malaysia

Anda berminat belajar Makhraj Huruf?

beritahu kami jika anda mempunyai sebarang pertanyaan